Menurut Pengarah Program, Masayu Ramlee, program tersebut disertai 59 anak-anak Yatim Tambunan berumur antara tujuh hingga 17 tahun.
“Ia dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kasih sayang antara penganjur dan penghuni rumah anak yatim Tambunan.
“Selain itu, program ini juga dianjurkan bagi meningkatkan ketahanan fizikal dan emosi para peserta dalam menjalani setiap aktiviti berkumpulan sekali gus memupuk kreativiti mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, program seumpama itu turut menambah kemesraan antara ahli Rakan Muda yang terlibat serta penghuni rumah kebajikan.
Ketibaan rombongan UMS disambut penyelaras Rumah Anak Yatim Tambunan, Noraini Narawi dan Ustaz Wahab Dandan.
Sumber : Norhana Nordin HEPA
Jurufoto : Sekretariat Rakan Muda