
Pada masa yang sama, pihak UMS turut menyerahkan bantuan kanta penglihatan kepada pelajar kurang upaya yang mempunyai masalah penglihatan.
Penyerahan bantuan disampaikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali di Bangunan Canselori, UMS.
Pada majlis itu, Teoh Jia Long telah menerima alat bantuan penglihatan, manakala Muhd Faizal Alimudin dan Fatimah Binti Asmuni, mangsa kebakaran yang berlaku di Tawau baru-baru ini diberikan bantuan dari segi kewangan bagi meringankan beban kepada keluarga mangsa.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar