
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, penganjuran majlis itu adalah sebagai tanda keprihatinan dan semangat universiti bagi meraikan kejayaan para pelajar yang telah banyak menyumbang dalam mengharumkan nama UMS selain terlibat membantu menjayakan aktiviti-aktiviti universiti.
“Penganjuran majlis seumpama ini diharap berupaya memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan lagi sumbangan dan pencapaian di peringkat kebangsaan dan peringkat yang tertinggi di persada antarabangsa,” katanya dalam ucapan beliau sempena majlis tersebut.
Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching di Grand Ballroom, The Klagan Regency, 1Borneo.
Pada majlis itu, sejumlah 13 buah anugerah, iaitu enam anugerah bagi kategori berkumpulan, dan tujuh anugerah bagi kategori individu masing-masing disampaikan oleh Datuk Harun dan Datuk Mary Yap.
Kolej Kediaman E cemerlang dengan merangkul tiga kategori anugerah pada majlis tersebut, iaitu Anugerah Pengurusan JAKMAS Terbaik, Anugerah Kesenian dan Kebudayaan Terbaik, dan Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Cemerlang menerusi Yang Dipertua JAKMAS Kolej E, Nurul Syazwani Mohamad Ghaazali.
Senarai Pemenang Anugerah MAHEPA Ke-18:
- Anugerah Pasukan Wanita Terbaik - Pasukan Karate-Do (Kata) Wanita
- Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik- Pasukan Taekwondo (Poomsae) Lelaki
- Anugerah Kesenian dan Kebudayaan Terbaik - Kelab Lantera Tari, Kolej Kediaman E
- Anugerah Pengurusan JAKMAS Terbaik –JAKMAS Kolej Kediaman E
- Anugerah Pengurusan Pertubuhan Mahasiswa Terbaik – Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
- Anugerah Penganjuran Program Kemahasiswaan Terbaik – Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS
- Anugerah Olahragawati – Christina Edris
- Anugerah Olahragawan – Ahmadi Radi
- Anugerah Kepimpinan Kesukarelawanan Cemerlang – Asmah Kadir
- Anugerah Pemimpin Persatuan Fakulti Cemerlang – Ribuan Abdul Karim
- Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Cemerlang- Nurul Syazwani Mohamad Ghaazali
- Anugerah Pemimpin Harapan – Nur Adilah Ismail
- Anugerah Pemimpin Mahasiswa Cemerlang – Mohd Taufik Nordin (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016)