KKSA UMS Anjur Pertandingan Debat Terbuka

KHAMIS, 27 APRIL - Kolej Kediaman Sri Angkasa (KKSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Pertandingan Debat Terbuka baru-baru ini bertempat di kolej kediaman berkenaan.

Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) kolej itu, Mohd Farizuan Mohd Fuad berkata,  ia dianjurkan buat julung kalinya dengan sambutan penyertaan yang sangat memberangsangkan.

“Program ini terbuka bukan sahaja kepada para pelajar UMS tetapi turut mendapat penyertaan dari institusi luar seperti Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH), Politeknik Kota Kinabalu selain UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan UMS Kampus Cawangan Sandakan,” katanya.

Beliau yang pernah muncul sebagai pendebat terbaik UMS berkata, penganjuran pertandingan seumpama itu amat wajar bagi mengasah bakat generasi muda sekali gus memberi pendedahan kepada mereka tentang isu-isu semasa di peringkat nasional dan global.

“Justeru, penganjuran program seumpama ini amatlah baik untuk diteruskan sebagai acara tradisi Kolej Kediaman Sri Angkasa,” tambah Farizuan yang juga pencetus idea kepada pertandingan debat tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ahmadi Nurdin dalam ucapan perasmiannya turut mengongsikan pengalaman beliau sebagai seorang pendebat ketika menuntut di institusi pendidikan tinggi.

“Oleh yang demikian, saya akan menjadikan program ini sebagai penanda aras kepada Jakmas kolej kediaman yang lain dalam penganjuran aktiviti di peringkat kolej kediaman masing-masing,” katanya.

Majlis itu berlangsung selama dua hari dengan jayanya.

 

Sumber: Mardena Jiwan

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.