Penyelidik UMS Hasil Buku ‘Bundu Tuhan: Konteks Dan Transformasi’

RABU, 24 MEI – Buku ‘Bundu Tuhan: Konteks Dan Transformasi’ hasil penulisan sekumpulan ahli akademik dari Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah mampu menjadi wadah penyampaian kepada generasi akan datang agar dapat memahami sejarah dan kebudayaan komuniti di Bundu Tuhan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, buku itu amat istimewa bagi penduduk Bundu Tuhan kerana ia mengetengahkan sejarah kampung Bundu Tuhan dan kekuatan komunitinya dari aspek tadbir atur, pendidikan, tradisi dan budaya, pelancongan dan kepenggunaan media yang selama ini tidak pernah dibukukan secara formal.

“Saya yakin memang ada usaha kecil-kecilan dari pelbagai pihak untuk menyingkap sedikit sebanyak aspek komuniti Bundu Tuhan, tetapi tidak pernah ada usaha membukukannya sebelum ini.

“Justeru, pembukuan hasil penyelidikan tersebut amat berharga dan saya pasti, ia akan memanfaatkan banyak pihak sebaik sahaja diterbitkan,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran buku tersebut oleh beliau di Dewan Masyarakat Bundu Tuhan baru-baru ini.

Buku terbitan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) itu dibiayai oleh Dr. Joachim dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin, kedua-dua nya berasal dari Bundu Tuhan.

Buku tersebut merupakan tulisan bersama yang diketuai mantan dekan PPIB, Prof. Dr. Vincent Pang dan dibantu penulis lain, antaranya Prof. Madya Dr. Justin Sentian,  Prof. Madya Dr. Andreas Totu, Dr. Dayu Sansalu, Dr. Sanen Marshall, Budi Anto Mohd Tamring, Veronica Petrus Atin, Chelster Sherralyn J. Pudin, Nurul Nazirah Hamzah dan Nelson Justin Adeh.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.