UMS Turut Jayakan Raya Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan

SELASA, 25 JULAI – Majlis Hari Raya Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan berlangsung meriah dengan kehadiran orang ramai dan para kakitangan agensi serta jabatan perkhidmatan awam.

Tumpuan utama ialah gerai-gerai yang telah menyediakan pelbagai jenis juadah seperti kuih-muih, cendol santan, puyuh goreng berempah dan kambing golek untuk santapan pengunjung yang datang memenuhi Dewan Serbaguna Blok C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Sebanyak 66 buah agensi kerajaan dan jabatan perkhidmatan awam termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil bahagian dalam penyediaan gerai yang dihiasi dengan dekorasi mengikut kreativiti masing-masing.

Kehadiran Ketua Menteri Sabah merangkap Pro Canselor UMS, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang melawat setiap gerai makanan memeriahkan lagi suasana majlis.

Majlis turut menyaksikan Jabatan Penjara Sabah muncul sebagai pemenang tempat pertama bagi pertandingan gerai tercantik, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Canselor UMS, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin.

 

Oleh Rodzmidi Abdul Latif (Pelajar Latihan Industri BPK)

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.