Peniaga IKS Dijemput Sertai Program Advokasi Ilmu

RABU, 26 JULAI – Orang ramai khususnya golongan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dijemput untuk menghadiri Program Advokasi Ilmu “Memperkasakan Integriti Industri Halal” yang akan diadakan di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 16 Ogos depan.

Program anjuran UMS bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) itu bertujuan mewujudkan jaringan dan membuka peluang pasaran sedia ada antara pengusaha barangan halal dengan syarikat antarabangsa serta agensi kerajaan.

Urusetia program, Mohd Fadhil berkata, ia juga diadakan bagi mengenalpasti hala tuju industri halal daripada perspektif, pendekatan dan strategi badan-badan yang berkepentingan.

“Program ini juga akan menjadi platform kepada pengusaha berjaya untuk berkongsi pengalaman bersama pengusaha IKS yang lain sekali gus memberi pendedahan kepada mereka tentang peluang yang ada pada industri halal yang boleh memberikan pulangan yang lumayan,” katanya ketika dihubungi media UMS.

Beliau berkata, program tersebut akan diisi dengan lima sesi ceramah yang akan dikendalikan oleh JAKIM, JHEAINS, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS.

“Penyertaan bagi program tersebut terhad kepada 200 peserta dengan yuran penyertaan sebanyak RM150, dan akan menerima sijil penyertaan serta makan minum percuma,” tambah Fadhil.

Untuk penyertaan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau di talian 016-8069717 atau Umi Hartina di nombor 012-2812675.

Majlis perasmiannya dijangka  akan disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin.

 

 

Oleh Rodzmidi Abdul Latif (Pelajar Latihan Industri BPK)

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.