Warga KKTM Wujudkan Perpustakaan Mini Kolej Kediaman Tun Mustapha

ISNIN, 6 NOVEMBER – ‘Program Santai Budaya’ anjuran Barisan Jawatankuasa Mahasiswa (JAKMAS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama pelajar-pelajar Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) baru-baru ini berjaya merealisasikan hasrat warga KKTM dengan mewujudkan sebuah sudut yang dinamakan ‘Perpustakaan Mini Kolej Kediaman Tun Mustapha’.

Program ini melibatkan seramai 40 siswa-siswi KKTM yang terdiri daripada barisan JAKMAS, Majlis Sekretariat KKTM serta Kelab Publisiti KKTM.

Menurut felo penyelaras program, Norain Abdul Razak, program ini bertujuan merapatkan ukhuwah antara barisan JAKMAS dan mahasiswa KKTM serta menambah baik fasiliti bangunan JAKMAS KKTM.

“Bangunan JAKMAS merupakan lambang kepada sebuah organisasi dan sebagai rumah kedua kepada barisan JAKMAS dan warga KKTM, tidak wajar bangunan ini dibiarkan kosong begitu saja,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua JAKMAS KKTM, Mohamad Azad Hafiz Ismail berkata program seumpama ini adalah salah satu cara mahasiswa menjadikan medium untuk semua dapat berkumpul dan saling bekerjasama dalam sebuah organisasi.

“Saya berharap penganjuran program ini dapat menguatkan lagi persefahaman, ideologi dan ingin melihat sejauh manakah kerjasama yang boleh diberikan oleh Mahasiswa KKTM kepada pihak pengurusan,”katanya pada majlis penutupan Santai Budaya KKTM 2017.

Azad turut menyarankan agar para mahasiswa dapat menggunakan fasiliti yang telah disediakan oleh pihak UMS kepada semua kolej kediaman dengan sebaiknya.

Program ini melabuhkan tirainya dengan pertandingan nyanyian yang disertai oleh warga KKTM sendiri.

Turut hadir pada majlis tersebut pensyarah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS, Sharip Zainal Sagkif Shek.

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.