Program Komuniti Sains Dan Teknologi Tonjol Kreativiti Pelajar Luar Bandar

ISNIN, 6 NOVEMBER – Program Komuniti Sains dan Teknologi Sekolah Luar Bandar anjuran pelajar Sarjana Pendidikan Semester Tiga dalam bidang Kurikulum dan Pengajaran, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) di SMK Limbanak, Penampang baru-baru ini mampu menonjolkan kreativiti pelajar luar bandar.

Pengarah program yang juga merupakan guru SMK Limbanak, Roziah Ali Hussien berkata, program yang melibatkan seramai 50 pelajar Tingkatan Empat sekolah tersebut memberi banyak manfaat kepada pelajar sekolah luar bandar khususnya dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah.

“Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mampu membuka ruang kepada mereka untuk berfikir aras tinggi, mereka cipta dan menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian.

“Pelaksanaan program ini juga secara tidak langsung mendekatkan UMS selaku salah satu Institusi Pendidikan Tinggi Awam di negara ini kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Program yang berlangsung selama sehari ini diisi dengan aktiviti-aktiviti berdasarkan konsep  Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang telah dirancang dengan rapi.

Aktiviti STEM pertama adalah bertemakan pelestarian pertanian di mana pelajar diminta menghasilkan satu ciptaan baharu bagi menyelesaikan masalah penggunaan baja kimia dan racun serangga perosak dalam penanaman, manakala aktiviti STEM kedua pula memerlukan setiap kumpulan mereka bentuk satu ciptaan baharu bagi menyelesaikan isu pulau haba bandar.

Pada akhir program tersebut, satu majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr. Siew Nyet Moi@Sopiah Abdullah., mewakili Dekan FPP, Prof. Dr. Hj. Mohd. Dahlan Hj. A. Malik.

Sumber: Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.