30 murid SK Pekan Dua pelajari Photoshop dan Poster di FKI

SELASA, 7 NOVEMBER - Seramai 30 murid Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Pekan Dua (SKPD) telah mengikuti Bengkel Photoshop dan Poster pada program E-Komuniti Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) di Makmal FKI, Tingkat 9, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kelmarin.

Rombongan sekolah itu diketuai Rosazilinda Aziz dan guru Matematik, Syed Alwi Said Mohammad bersama 7 murid Tahun 5 dan 23 murid Tahun Enam.

Rosazilinda yang mewakili Guru Besar SK Pekan Dua, Jaafar Matusin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada FKI kerana memberi ruang dan peluang kepada murid SK Pekan Dua untuk mempelajari sesuatu yang baharu sekali gus satu pengalaman yang berguna kepada murid terbabit.

Menurut Penyelia Program, Nona Masnie Mohd. Nistah, program itu bertujuan untuk merapatkan jurang fakulti dengan murid-murid di sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau yang juga Pensyarah FKI mahu masyarakat luar khususnya murid sekolah rendah mengetahui peranan dan sumbangan fakulti kepada warga Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pelajar Tahun Empat FKI mengendalikan bengkel selama sehari itu di Makmal FKI, Tingkat 9 bagi murid SKPD mengetahui serba sedikit cara Photoshop dan Poster,“ katanya.

Program E-Komuniti dikendalikan pensyarah FKI, Wan Nooraishya Wan Ahmad.

Nona Masnie berkata FKI mahu membudayakan IT kepada murid sekolah rendah sekali gus mahu mereka meneruskan pengetahuan tersebut hingga ke sekolah menengah.

 

 

Sumber: Azri Onn

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.