‘Turtle Conservation Initiative’ Tarik Minat Pelajar dalam Pemuliharaan Penyu

SELASA, 21 NOVEMBER – Seramai 31 ahli Kumpulan Acropora yang terdiri daripada mahasiswa tahun 3 Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program ‘Turtle Conservation’ di ‘Stairway to Hope Learning Center’, Kampung Kalansanan, Inanam baru-baru ini.

Pengarah program, Nurul Ashikin Mohd Nohan berkata, ‘Stairway to Hope Learning Center’ merupakan pusat pembelajaran bagi kanak-kanak imigran dari Filipina.

“Kita mengadakan program ini di sini bagi sebagai usaha mempromosikan amalan pemuliharaan alam sekitar boleh dipraktikkan di peringkat awal usia lagi.

“Melalui penganjuran program ini, masyarakat khususnya kanak-kanak dapat diberi pendedahan dan kesedaran peri pentingnya pemuliharaan alam sekitar khususnya populasi penyu dan hidupan laut yang lain sekali gus membantu usaha mengekalkan ekosistem marin sejajar dengan slogan kami ‘A Great Thing Starts with A Small Change’,” katanya.

Menurut Nurul Ashikin, program itu juga diisi dengan slot perkongsian tentang kepentingan spesies terumbu karang seperti Acropora yang menjadi habitat kepada pembiakan ikan dan spesies akuatik lain di samping penganjuran kuiz interaktif bagi mengukuhkan pemahaman kanak-kanak di pusat berkenaan.

Hadir sama Pensyarah Kanan FKSW, Marja Azlima Omar dan Pengasas ‘Stairway to Hope Learning Centre’, Marilou Chin.

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.