TRUMS anjur Program Kepimpinan Global

JUMAAT, 08 DISEMBER - Kelab Pelancongan Universiti Malaysia Sabah (TRUMS) baru-baru ini menganjurkan Program Kepimpinan Global (GLP) bertempat di Hotel Lab, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS.

Pengarah program, Zarsha Chong berkata, program itu mendapat penyertaan seramai  35 pelajar dari 10 fakulti yang terdapat di UMS.

“GLP antara lain memberi pendedahan tentang kemahiran teknik berkomunikasi di peringkat global sebagai persiapan untuk para pelajar menghadapi cabaran terkini dalam pasaran kerja.

“Justeru, ini merupakan satu peluang yang baik untuk para peserta menambahkan kemahiran insaniah sekali gus menjadi graduan yang berdaya saing apabila menamatkan pengajian kelak,” katanya yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi Kerusi Fakulti di FPEP.

Program sehari itu menyaksikan tiga pensyarah FPEP yang berpengalaman dijemput sebagai penceramah jemputan.

Mereka ialah Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, Mohd. Rizwan Abdul Majid dan Datu Razali Datu Datuk Eranza yang membicarakan topik Etika Perniagaan Global, Etika dan Tatacara Makan serta topik Komunikasi Rentas Budaya.

Kesemua peserta kemudiannya turut menjalani praktikal etika dan tatacara makan dengan mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh pada acara makan tengahari yang disediakan pelajar Program Pengurusan Hotel di Restoran Hotel Lab, FPEP.

Dalam pada itu, Penasihat TRUMS, Dr. Tini Maizura Mohtar berkata, penganjuran program tersebut adalah satu platform yang baik untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran insaniah pelajar.

“Atas dasar itu, kemungkinan besar program ini kita wujudkan satu modul untuk menjadi ia sebagai program tahunan anjuran TRUMS,” katanya.

Hadir sama pada program itu, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswazah) FPEP, Dr. Kamisan Pusiran.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.