Semak Semula Kaedah Pengajaran : Profesor Dr. Shahril Yusof

KHAMIS, 21 DISEMBER - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Shahril Yusof menyarankan agar kaedah pengajaran dalam bidang perniagaan dan ekonomi sedia ada di universiti awam disemak semula supaya ia releven dangan perkembangan semasa.

Menurut beliau cara mengajar pelajar jurusan perniagaan dan ekonomi dalam tempoh lima tahun dari sekarang pastinya berbeza dan tidak releven jika menggunakan cara lama untuk mengajar generasi yang berdepan kemajuan teknologi dunia yang semakin pantas.

“Jika dilihat dunia perniagaan sudah beralih kepada perniagaan berasaskan teknologi digital, maka pendekatan baharu perlu diambil oleh semua peniaga,” katanya ketika berucap mewakili Naib Canselor Profesor D Kamarudin D Mudin semasa merasmikan Persidangan Perniagaan Akedemi Asia (AAAB) kelapan di Promenade Hotel, kelmarin.

Tambah beliau usaha perlu diambil untuk menasihatkan golongan peniaga supaya mula beralih kepada penggunaan teknologi digital jika ingin terus bertahan dalam bidang perniagaan.

“Kita perlu lihat adakah penyedia perkhidmatan penghantaran barangan yang sedia ada mencukupi? Perlukah restoran yang besar jika orang mula beralih kepada penghantaran makanan secara online? Dan kompleks beli belah yang besar masih relevan sekiranya orang ramai lebih cenderung membuat pembelian secara online?” katanya.

Beliau berkata peluang perniagaan secara online dalam menyediakan perhidmatan pernghantaran barangan dan makanan terbuka luas. Maka, golongan peniaga perlu merebut peluang tersebut.

“Melihat perubahan dunia perniagaan yang bergerak bergitu pantas, peniaga perlu mengambil langkah tepat untuk menceburi bidang perniagaan yang relevan dengan perkembangan semasa. Jika tidak mereka akan mengalami kerugian,” ujarnya.

Sementara itu, seramai 70 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Palestin, India dan Indonesia hadir ke persidangan selama dua hari itu.  

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.