380 Peserta Jayakan LED Night Walk 2017

RABU, 27 DISEMBER - Program LED Night Walk 2017 anjuran Majlis Ketua-ketua Blok (MKKB) dengan kerjasama JAKMAS Kolej Kediaman Excellent (Kolej E) telah berjaya dilangsungkan baru-baru ini.

Seramai 380 peserta menyertai program tersebut dan majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Pengetua Kolej E, Dr. Syahruddin Hj Awang Ahmad tepat jam 8:00 malam.

Pengarah Program, Samsul Kuning berkata, program ini dianjurkan bertujuan mengeratkan silaturahim penghuni Kolej E, menjalani cara hidup lebih sihat sambil menikmati keindahan malam di kampus.

“Peserta berjalan kaki bermula dari Anjung Perdana, Kolej E melalui laluan ke Kolej Tun Fuad, Kolej Tun Mustapha, Menara Jam, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan dan kembali semula ke Kolej E bagi menamatkan acara tersebut,” katanya.

Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian cabutan bertuah dan hadiah bagi pemenang Swafoto Terbaik.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.