Kelab Rakan Pustaka Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Naib Canselor

KHAMIS, 28 DISEMBER - Kelab Rakan Pustaka (KRP), Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presiden 1 KRP, Nursyafikah Mikin, kunjungan tersebut  adalah bertujuan untuk memperkenalkan KRP berserta visi dan misi penubuhan KRP di UMS.

“Kunjungan ini juga adalah bagi mendapatkan pandangan dan cadangan daripada Datuk D Kamarudin bagi memperbaiki pelaksanaan program-program di bawah KRP,” katanya.

Menurut beliau, rombongan jawatankuasa KRP mendapat maklum balas positif dan sokongan daripada Datuk D Kamarudin hasil pertemuan tersebut, dan akan membuat pelbagai perancangan  bagi meningkatkan lagi mutu pelaksanaan program di bawah KRP kelak.

Sementara itu, Datuk D Kamarudin dalam pertemuan tersebut menuntut para ahli jawatankuasa KRP untuk berpandangan lebih jauh ke hadapan dalam merancang program-program KRP yang mampu memberi impak terhadap perkembangan persatuan tersebut, dan kepada perkhidmatan Perpustakaan UMS secara amnya.

Katanya, ahli KRP mampu menjadi pemikir dan pemberi idea kepada pentadbiran Perpustakaan UMS untuk melakukan perubahan serta melaksanakan program-program yang dapat menaikkan lagi nama Perpustakaan UMS.

“Lawatan ke luar negara seperti University of Kho Kaen, Taiwan, University of Hong Kong dan University of Singapore boleh dilakukan bagi melihat sendiri keunikan sistem perpustakaan di universiti lain.

“Lawatan sebegini boleh dijadikan sebagai penanda aras terhadap perpustakaan di UMS dan saya menyokong semua usaha murni yang dilakukan oleh pihak KRP, UMS dalam menaikkan nama Perpustakaan UMS dan mengharumkan universiti yang kita sayangi ini,” ujar beliau.

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.