Kolej Kediaman Excellent Jayakan Program Family Day

KHAMIS, 28 DISEMBER – Kolej Kediaman Excellent melalui Exco Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) telah menjayakan Program Family Day di Outdoor Development Center (ODEC) baru-baru ini.

Program tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan taraf komunikasi antara siswa-siswi. serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar tidak kira golongan umur melibatkan seramai 51 orang ahli Jawatankuasa pelaksana.

Pelbagai aktiviti menarik berlangsung pada hari tersebut antaranya senamrobik yang diketuai oleh Kelab Lentera Tari, aktiviti ikat tali di kaki setiap peserta, “hentam kau belon”, tiup tepung, isi air dalam belon, gelung straw dan terakhir aktiviti kayak.

Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang setiap aktiviti pertandingan, yang disempurnakan oleh Pengetua Kolej Kediaman Excellent, Dr. Syahruddin Hj Awang Ahmad dan Timbalan Pengetua Kolej kediaman Excellent, Mohd Hilmey Saili.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.