Bakti SUKSIS Pupuk Mahasiswa Jadi Pemimpin Berwawasan

SELASA, 30 JANUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Kokurikulum Kor-Sukarelawan Polis Siswa-siswi (Kor-SUKSIS) sentiasa komited dalam memastikan kecemerlangan akademik mahasiswa turut diimbangi dengan pembangunan daya kemahiran insaniah, kepimpinan dan ketrampilan pelajar melalui pelbagai kegiatan bersama komuniti.

Terbaru, Program Bakti SUKSIS UMS Bersama Masyarakat di Kampung Mesapol, Sipitang, Sabah dilihat bukan sahaja memberi peluang interaksi pelajar UMS bersama masyarakat kampung, malah mampu membentuk jati diri pelajar melalui pengalaman kehidupan bermasyarakat serta pengalaman nilai-nilai moral dan etika yang baik.

Menurut Pengarah Program, Fazlee Rumiyu, program itu dijalankan kerana sikap prihatin terhadap kehidupan masyarakat di luar bandar dan suatu usaha untuk mewujudkan jalinan erat antara pelatih Kor-SUKSIS UMS dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

“Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan mahasiswa yang mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mampan selain membentuk kerjasama yang tinggi dalam kalangan siswa-siswi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Haji Ahmad Bujang ketika mewakili  Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad Wasali berkata, pujian harus diberikan kepada pihak UMS atas kesungguhan menjayakan Program Bakti SUKSIS UMS bersama komuniti yang boleh dijadikan salah satu usaha para mahasiswa untuk membantu masyarakat luar bandar.

“Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada pihak UMS atas sumbangan yang dihulurkan kepada penduduk kampung dan saya difahamkan bahawa program sebegini merupakan program tahunan yang akan dianjurkan oleh pihak UMS, tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Dr. Ismail Ali berkata, program itu amat bertepatan untuk pelatih Kor SUKSIS menonjolkan segala bakat dan kemahiran yang dipelajari.

“Ini secara tidak langsung dapat menambah keyakinan mereka dalam mendidik diri sekali gus mewujudkan hubungan silaturahim dengan masyarakat sekeliling.

“Semoga program seumpama ini akan terus mendapat sambutan masyarakat pada masa akan datang,” ujar beliau.

Program selama tiga hari itu dijayakan seramai 66 pelatih Kor-SUKSIS Tahun 2 dan dua Pegawai bersama 10 Jurulatih Kor-SUKSIS, UMS.

Ia turut melibatkan 200 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Hadir sama pada program tersebut Pegawai Daerah Sipitang, Matlin Dullah dan Ketua Polis Daerah Siptang, DSP Sabarudin Rahmat.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.