Pendaftar UMS Puji Komitmen KEKAUMAS, Cadang Wujudkan Akaun Penjanaan

SELASA, 20 FEBRUARI - Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) dicadangkan meneliti kembali perlembagaan kesatuan tersebut agar dapat menjana kewangan untuk digunakan bagi menjaga kebajikan ahlinya.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pendaftar UMS, No’man Hj. Ahmad di hadapan 200 kakitangan sokongan 1 dan 2 sempena Program Sembang Santai bersama kakitangan kumpulan pelaksana anjuran KEKAUMAS, pagi tadi.

“Kekaumas boleh berbincang dengan Jabatan Bendahari untuk mewujudkan akaun penjanaan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kesatuan.

“Dengan adanya penjanaan kewangan daripada kesatuan, wang tersebut boleh digunakan untuk menjaga kebajikan ahli dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kewangan universiti semata-mata,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar mana-mana kesatuan di dalam UMS supaya sentiasa menjalankan peranan dalam membawa cadangan dan idea berkenaan kakitangan kepada pihak pengurusan untuk membantu dalam menggubal dasar universiti.

Beliau turut memuji komitmen yang ditunjukkan oleh KEKAUMAS dalam menyediakan kertas cadangan dan membawa suara kumpulan pelaksana dalam rundingan bersama pihak pentadbiran melalui Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ).

“Saya percaya dengan kekuatan ahli yang ramai, kesatuan ini dapat dikekalkan dan sekali gus menjaga kebajikan golongan pelaksana,” ujarnya.

Pada program itu, No’man turut menyampaikan sumbangan KEKAUMAS kepada lima ahli yang ditimpa bencana alam dan ahli keluarga meninggal dunia.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang kepada mantan Presiden KEKAUMAS, Amat Jutrah Hj. Musnih.

Hadir sama pada majlis itu Presiden KEKAUMAS, Jalil Sapli.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.