Bengkel Asas Seni Suara KKSA UMS  Meriah

SELASA, 03 APRIL - Program Bengkel Asas Seni Suara anjuran Kolej Kediaman Sri Angkasa (KKSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung meriah dengan sambutan yang menggalakkan daripada kalangan warga kolej.

Pengarah Program, Dg. Nurul Huda Datu Taong berkata, bengkel tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan asas teknik dan kaedah penggunaan suara yang betul dalam menyanyi.

“Objektifnya adalah mendidik para peserta tentang asas dalam bidang kesenian dan kebudayaan sekali gus sebagai platform membina keyakinan diri dalam mengetengahkan bakat masing-masing,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.  

Menurut beliau, program itu merupakan salah satu daripada empat bengkel utama yang dianjurkan sempena Program Bengkel Keseniaan dan Kebudayaan Sri Angkasa 2018 anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) KKSA.

“Tiga bengkel yang lain  ialah Bengkel Cipta Lagu, Bengkel Penulisan Kreatif dan Bengkel Asas Seni Tarian,” jelas Nurul Huda.

Sementara itu Pengetua KKSA, Wijaya Kamal Ramlan dalam ucapan perasmiannya berkata, penganjuran program seperti itu mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa dalam bidang kesenian dan kebudayaan khususnya di dalam asas seni suara sekali gus mampu mengetengahkan bakat-bakat yang terpendam.

Program yang disertai 40 warga KKSA dikendalikan Artis Budaya, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Ahmad Rafiandie Awang.

 

Sumber: KKSA

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.