UMS Disaran Wujudkan Program Undang-undang

KHAMIS, 12 APRIL - Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum mencadangkan agar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mewujudkan Program Pengajian Undang-undang.

Cadangan tersebut dinyatakan beliau berikutan terdapat masalah besar mengenai undang-undang adat di Sabah dan Sarawak.

“Saya ingin mencadangkan agar diwujudkan Program Undang-undang di UMS kerana kita mempunyai masalah besar mengenai undang-undang adat di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Undang-undang dan Masyarakat Ketujuh anjuran bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut beliau, meskipun program tersebut ada ditawarkan di beberapa universiti awam di Semenanjung, tetapi ia hanya sebahagian kecil daripada perkara sebenar.

“Semalam saya menghadiri ceramah bersama masyarakat tempatan. Mereka memperlihatkan maksud sebenar tentang kehidupan, erti pembangunan mampan dan kehidupan yang tidak harus dicontohi.

“Itulah pengajaran yang saya dapat daripada perbincangan semalam yang mana cara kehidupan atau adat yang diguna pakai harus dipelihara kerana suatu hari nanti kita pasti memerlukannya,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk melihat UMS mewujudkan pengajian undang-undang sama ada di peringkat sijil atau diploma melalui Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk D Kamarudin D Mudin ternyata menyambut baik hasrat yang dinyatakan oleh Tan Sri Richard untuk mewujudkan program undang-undang.

Seramai 230 peserta termasuk daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Turkey dan Bosnia menyertai persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut hadir pada perasmian persidangan tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tun Zaki Tun Azmi, Rektor UIAM Profesor Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.