Penaiktarafan MPS Diumum di UMS

SELASA, 17 APRIL - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor semalam mengumumkan penaiktarafan Majlis Perbandaran Sandakan kepada Majlis Bandaraya berkuatkuasa pada 1 Julai ini.

Beliau berkata, kabinet telah memutuskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut dikenali sebagai Majlis Bandaraya Sandakan.

“Ada syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadikan majlis perbandaran sebagai majlis bandaraya dan Sandakan telah memenuhi syarat-syarat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Siri Kuliah No.4 ‘Pihak Berkuasa Tempatan: Tadbir Urus Baik’ anjuran Majlis Profesor Negara Chapter Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Resital UMS.

Menurut Hajiji, selain Majlis Daerah Tongod yang mula beroperasi pada 1 Januari lepas, kerajaan juga sudah meluluskan Majlis Daerah Telupid sebagai PBT yang ke-26 di negeri ini.

“Kita berharap mereka dapat beroperasi sebelum hujung tahun ini mengikut yang telah dipersetujui,” katanya.

Pada program tersebut seramai 300 pelajar hadir bagi mendengar sesi kuliah berkenaan yang menyaksikan penglibatan aktif para pelajar dalam sesi soal jawab tentang hal ehwal semasa berkaitan PBT.

Hadir sama Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS, Profesor Dr. Ismail Ibrahim; Pendaftar UMS, No’man Datuk Haji Ahmad; dan Pengerusi Majlis Profesor Negara Chapter UMS, Profesor Dato’ Mohd. Hamdan Adnan.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.