KKE UMS Jayakan Delegasi Ilmiah ke UPM dan UM

RABU, 18 APRIL – Seramai 15 pemimpin pelajar Kolej Kediaman Excellent (KKE)  Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Delegasi Ilmiah anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) KKE di Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Pengarah Program, Winnie Kabat berkata, delegasi ilmiah itu telah mewujudkan satu ruang perbincangan untuk berkongsi serta bertukar maklumat dan perkembangan semasa di peringkat kolej kediaman masing-masing.

“Penganjuran program ini juga secara tidak langsung menjadi salah satu medium perantara untuk menjalinkan hubungan baik antara UMS dengan UPM dan UM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha merangkap Exco Perhubungan Luar Jakmas KKE berkata, peserta delegasi juga turut menghadiri majlis perasmian pameran Homelands Centuries of Cham Migration yang bertempat di Muzium Seni Asia, UM.

“Pengalaman yang diperolehi sangat menarik dan bermanfaat untuk para peserta delegasi. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kolej Tun Dr Ismail, UPM dan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, UM kerana sudi menerima kunjungan Jakmas KKE UMS,” ujarnya.

Turut mengiringi ahli delegasi, Timbalan Pengetua KKE merangkap Penyelaras Program, Mohd Hilmey Saili dan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Mohamad Yasir Mijan.

 

Sumber: Jakmas KKE

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.