100 Penduduk Jayakan Dakwah Bil Hal 2018 di Kg Bakong-Bakong

RABU, 18 APRIL – Lebih 100 penduduk kampung menyertai Program Dakwah Bil Hal Bersama Saudara Baru dan Masyarakat Kampung Bakong-Bakong, Telupid anjuran Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) baru-baru ini.

Dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah, program itu diselaraskan Pembantu Hal Ehwal Islam PIUMS, Ustaz Jimmis Jumaat.

Ustaz Jimmis berkata, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tiga hari program itu berlangsung, antaranya forum santai berkenaan akidah dan syariah, sesi soal jawab keagamaan dan bengkel pengurusan jenazah bagi lelaki dan wanita.

“Program dimeriahkan lagi dengan pertandingan sukaneka selain gotong-royong menyediakan makanan untuk jamuan para peserta rombongan dan penduduk kampung,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Ketua Kampung Bakong-Bakong, Baung Hj. Titing ketika ditemui media berkata, beliau merasa terharu atas kesudian rombongan PIUMS dan pihak YADIM menjalankan aktiviti dakwah dan kerja amal bersama penduduk kampung.

“Saya selaku ketua kampung mewakili semua penduduk sangat berterima kasih dan berbesar hati dengan kehadiran rombongan PIUMS dan YADIM yang sanggup datang dari jauh menjalankan aktiviti dakwah di samping menyampaikan sumbangan kepada penduduk,” katanya. 

Pada majlis itu menyaksikan penyampaian bantuan berupa wang tunai, set perlengkapan jenazah, sejadah, buku Yassin dan Tafsir serta pakaian kepada saudara baru, fakir miskin dan warga emas di kampung tersebut.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Jimmis dan Pembantu Hal Ehwal Islam PIUMS, Md Nazrie Petir serta wakil YADIM, Badrul Hisyam Bakar.

 

Sumber: Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.