Pelajar SPADA UMS Hasilkan Modul Istitabah Dalam Modul Pencegahan Penagihan Dadah

KHAMIS, 19 APRIL – Seramai 500 peserta mengikuti Program Persediaan Kembali Kepada Komuniti anjuran Pelajar Speciality Programme for Alcohol and Drug Abuse (SPADA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sabah di Cure & Care Rehabilitation Centre  (CCRC), Papar baru-baru ini.

Program ini merupakan program projek perintis pelajar SPADA dalam menyediakan modul lengkap untuk pemulihan yang dinamakan sebagai Modul Istitabah.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, UMS, Md. Razali Saibin, Modul Istitabah menggabungkan elemen penting dalam pemulihan daripada penagihan seperti kesihatan, undang-undang, kerohanian dan juga hukuman yang dijalankan di Malaysia.

“Modul yang mendapat tajaan penuh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini merupakan hasil gabungan idea para pelajar SPADA dan bertujuan untuk memberikan nafas baru kepada modul sedia ada selain menyediakan satu modul komprehensif untuk pelajar SPADA membantu komuniti dalam pencegahan penagihan dadah,” katanya.

Program sehari itu turut diisi dengan beberapa slot ceramah bertajuk “Kesan Penyalahgunaan Bahan dan HIV” oleh Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Md Sapri Tumiran,  “Undang-undang dan Jenayah Penyalahgunaan Bahan” oleh Pegawai Polis Diraja Malaysia, ASP Ali Husin Sahina, “Pandangan di sisi Agama Penyalahgunaan Bahan” oleh Ustaz Razali Saibin, “Persediaan Kembali Kepada Komuniti” oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Adzhar Kamaruddin Saidin dan slot terakhir bertajuk “Pesanan dari Tirai Besi” dan Demonstrasi Sebatan oleh Pegawai Penjara, Jabatan Penjara Malaysia.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.