Program Motivasi “Get To Know” Siri Ke-2 Tarik Minat Pelajar Luar Bandar

SELASA, 24 APRIL -  Duta Universiti (Fokus Luar Bandar) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Program Motivasi “Get To Know” Siri Kedua bersama pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sindumin, Sipitang baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan daripada Duta Universiti tersebut, program itu telah dikendalikan 28 sukarelawan terdiri daripada pelajar UMS termasuk empat duta yang dilantik Jabatan Pendidikan Tinggi di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTC), Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 (NBOS4) dan disertai 100 pelajar golongan B40 dari sekolah tersebut.

“Dengan misi memotivasikan serta menarik minat para pelajar luar bandar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, program motivasi ini juga merupakan salah satu inisiatif yang dirangka untuk menghapuskan jurang antara penduduk luar bandar dengan pelajar universiti.

“Program yang berlangsung selama dua hari ini merupakan lanjutan daripada siri pertama program yang melibatkan pelajar tingkatan tiga sekolah ini pada Oktober tahun lepas, dan sambutan yang amat baik daripada pihak sekolah memberi peluang kepada pihak Duta UMS untuk menambah baik program tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang lebih interaktif untuk siri kedua,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengetua SMK Sindumin, Zulkifle Kassim menyuarakan hasrat untuk program sebegini diteruskan agar lebih ramai pelajar luar bandar tertarik untuk yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Diharapkan aktiviti dan pengisian sepanjang program ini dapat menjadi penyuntik semangat para pelajar supaya berusaha dengan lebih baik untuk mencapai cita-cita mereka,” ujar beliau.

Menerusi program itu, para pelajar diberi penerapan berkaitan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan, di samping bimbingan hala tuju selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pilihan bidang pembelajaran serta perkongsian teknik belajar berkesan.

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.