Bekerja Berkumpulan Kunci Kejayaan: Dekan FKSW

KHAMIS, 26 APRIL – Majlis Perutusan Dekan dan Sidang Fakulti 2018 Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung dengan jayanya di Theatrette Ahmad Nisfu FKSW baru-baru ini.

Dalam perutusannya, Dekan fakulti itu, Prof. Dr. Ismail Ibrahim menekankan tentang kerja berkumpulan yang merupakan kunci kejayaan.

“Bekerja berkumpulan mewujudkan sinergi yang lebih besar berbanding bekerja berseorangan,” kata beliau.

Beliau turut menambah bahawa kod tingkah laku antara staf FKSW dengan pelajar merupakan isu yang perlu diberi perhatian khusus dan menyedarkan bahawa  kakitangan merupakan teladan kepada pelajar.

“Amanah dan tanggungjawab mengemudi FKSW merupakan cabaran besar lebih-lebih lagi di era Industri 4.0 yang memerlukan graduan lebih kreatif, inovatif dan terus berdaya saing di pasaran kerjaya yang semakin mencabar,” katanya.

Beliau seterusnya  menyentuh tentang kejayaan yang dikecapi FKSW sepanjang tahun 2017 termasuk matlamat dan tadbir urus fakulti bagi menyahut Amanat Naib Canselor 2018 dalam memacu FKSW ke tahap yang lebih tinggi.

Majlis yang dihadiri warga kakitangan akademik dan pentadbiran fakulti berkenaan turut menyaksikan pelancaran Instagram dan Facebook rasmi FKSW.

 

Sumber: FKSW

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.