MPI Menyuburkan Persekitaran Islam dalam Kampu

JUMAAT, 27 APRIL: Pelbagai aktiviti diadakan sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI) anjuran Kelab Rakan Masjid (KRM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung di Dewan Resital baru-baru ini.

Menurut kenyataan KRM, antara aktiviti MPI ialah Konvensyen Fiqh Borneo (KFB) yang diadakan untuk memberi kefahaman secara komprehensif kepada peserta mengenai hukum syarak dalam pelbagai isu kontemporari yang mencakupi pelbagai bidang mengikut isu semasa.

Kenyataan itu juga memaklumkan, KFB membawa sedikit kelainan berbanding program sama pada tahun sebelumnya dengan melibatkan peserta luar seperti Persatuan Siswazah Sabah, Industri Campus Camp, Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu, Kelab Remaja Ukhuwah Putatan selain wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS sendiri.

Sementara itu, program lain yang berlangsung pada MPI ialah Forum ‘Islam Is The Way of Life’, Pertandingan Khat dan Kolaj, Pengurusan Kewangan mengikut Perspektif Islam, Pertandingan Kraftangan, Bual Fiqh Sirah dan Tilawah.

Turut diadakan Pertandingan Penulisan Puisi, Pameran Kebajikan dan Akademik, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Futsal, Pertandingan Poster, serta Pameran Kesenian Islam dan Pertandingan Ikon Daie.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.