Sambutan Pesta Tiong Hua UMS Meriah

KHAMIS, 3 MEI – Sambutan Pesta Tiong Hua Peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali Ke-7 yang berlangsung di Dewan Hakka, Kota Kinabalu baru-baru ini meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada warga pelajar dan kakitangan UMS serta masyarakat luar.

Ketua Pengarah Sambutan Pesta Tiong Hua UMS, Lew Zhei Wen berkata, penganjuran sambutan pada malam tersebut bertujuan untuk mempromosikan kebudayaan tradisi Cina kepada masyarakat di seluruh negara.

“Sambutan ini juga adalah bagi mewujudkan pengetahuan mengenai kebudayaan masa lampau masyarakat Cina.

“Ini sekali gus menyokong usaha memelihara kebudayaan Cina serta membolehkan generasi masa depan meneruskan kesinambungannya,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof ketika berucap merasmikan sambutan tersebut berkata, penganjuran Pesta Tiong Hua mampu mengetengahkan keunikan identiti dan kebudayaan masyarakat Cina serta menggalakkan pemahaman lebih mendalam terhadap warisan dan tradisi masyarakat Cina.

“Usaha memelihara kebudayaan adalah amat penting agar tradisi warisan ini tidak hilang dan dilupai, serta mampu diwarisi oleh generasi masa kini dan masa hadapan.

“Penganjuran program ini juga memberi pendedahan yang baik kepada pelajar dan memberi nilai tambah dalam mengasah kemahiran-kemahiran tertentu dalam penganjuran sesuatu majlis,” ujar beliau.

Pelbagai persembahan kebudayaan dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir antaranya persembahan tarian singa, tarian moden dan kontemporari, nyanyian, sketsa, alunan instrumen dan muzik tradisional.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Ahmadi Nurdin dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Jusman Nali.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.