32 Mahasiswa Sertai Bengkel Ruqyah KKE

JUMAAT, 04 MEI - Seramai 32 mahasiswa menyertai Bengkel Ruqyah yang dianjurkan Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Excellent (KKE) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Bertempat di Surau Ibnu Tufail di kolej kediaman berkenaan, bengkel tersebut telah disampaikan Ustaz Arbaen Shawal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jakmas KKE, bengkel dimulakan dengan modul pembelajaran “Tazkiyatun Nafs” sebelum diteruskan dengan modul pembelajaran “Sebab-sebab Gangguan”, “Ciri-ciri Dukun” dan “Tanda-tanda Gangguan”.

Pada sebelah petang bengkel diteruskan dengan “Ruqyah Mandiri” dan dilanjutkan dengan “Ruqyah Beramai-Ramai”.

Kenyataan itu turut memaklumkan semua peserta sangat menyokong dan mengharapkan program sedemikian dapat diteruskan penganjurannya pada masa akan datang.

Bengkel tersebut disifatkan memberi manfaat kepada para peserta di samping memberi pengalaman yang cukup berharga kepada jawatankuasa pelaksana yang terlibat.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.