40 Sukarelawan PEMBINA UMS Jayakan Program ‘Teach The Needy’

SELASA, 8 MEI – Sukarelawan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) seramai 40 orang terdiri dari kalangan pelajar dari pelbagai fakulti telah menjayakan program ‘Teach The Needy’ di Kampung Numbak, satu perkampungan atas air yang terletak di belakang 1Borneo Hypermall baru-baru ini.

Pengarah Program ‘Teach The Needy’, Amirul Ismail berkata, program ini dilaksanakan sebagai satu wadah bagi menonjolkan UMS sebagai institusi ilmu yang diwakili siswa-siswi UMS sendiri untuk menyebarkan ilmu dan pengetahuan kepada 30 orang kanak-kanak kampung Numbak, di samping memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa UMS untuk menyantuni dan turun padang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Sebagai pelajar universiti kita perlu cakna dengan keadaan masyarakat di luar sana dan program seumpama ini merupakan satu platform untuk siswa-siswi mendekati dan berbakti kepada masyarakat secara sinergistik, janganlah kita menjadi pelajar seperti katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui keadaan mereka di luar sana,” katanya.

Program Teach The Needy merupakan salah satu produk Skuad Relawan PEMBINA UMS di bawah Pakej Bakti yang telah diadakan beberapa siri sebelum ini dari kampung ke kampung berfokus untuk mendidik masyarakat Sabah dengan harapan ramai lagi siswa-siswi yang akan menyertai program kemasyarakatan seperti ini.

Pada program tersebut, para sukarelawan PEMBINA UMS terlibat mengendalikan pelbagai aktiviti, antaranya ‘Explorace’ bersama kanak-kanak Kg. Numbak mengikut perhentian subjek Sains, Geografi, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam, projek membersihkan dan membaiki surau serta membuat kad hiasan bagi persediaan sambutan bulan Ramadhan.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.