ITEX 2018: UMS Rangkul Dua Emas, Lapan Perak dan Satu Anugerah Khas

ISNIN, 14 MEI - Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas dan lapan perak dalam penyertaan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018 baru-baru ini.

Pingat-pingat itu diperoleh daripada 10 penyelidikan yang dipertandingkan pada pameran tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. 

Penyelidik yang telah menyumbangkan pingat emas ialah Prof. Dr. Khin Maung Ohn @ Arif dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) melalui inovasi bertajuk Novel POP Roller (NOPORO). Inovasi itu turut membolehkan beliau meraih Anugerah Khas IFIA Medal for Best National Invention.

Pingat emas kedua pula diperoleh melalui Prof. Madya Dr. Rayner Alfred dari Fakulti Komputeran dan Informatik dengan inovasi bertajuk MADBOOST: A Multiple Adaptive Diversified Boosting Approach to Infrared Face Recognition Based on Ensemble Classifiers.

Sementara itu, pingat perak telah dimenangi Dr. Joko Sulistyo dengan tajuk penyelidikan GARBISTER: Mushroom Grown on Garbage, Dr. Clarence Ongkudon dengan tajuk Mini Bio-Integrated Ultrafiltration System, Dr. Newati Wid bertajuk StruFosfat: High-P Struvite Fertiliser from Food Waste, dan Dr. Zamhar Iswandono Awang Ismail dengan penyelidikan bertajuk Thesaurigame.

Turut menyumbang perak ialah Dr.           May Honey Ohn dengan tajuk kajian Development of ECG Gamification Platform GaMED-ECG, dan Siti Hasnah Tanalol - Amazing Jawi AR.

Dua pingat perak selebihnya dihasilkan melalui dua kajian Dr. Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor yang masing-masing bertajuk Izzyberry dan Thirstberry.

Pameran pertandingan inovasi dan teknologi bertaraf antarabangsa itu merupakan pameran tahunan anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS).

Majlis penyampaian pingat dan anugerah kepada para penyelidik yang menang disempurnakan Setiausaha Kehormat MINDS, Myocho Kan.

Lebih 1,000 rekacipta dari 23 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Taiwan, Korea Selatan dan Arab Saudi dipamerkan pada ITEX kali ke-29 itu.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.