Hasil Seni Pelajar Seni FKSW Wajar Dipamer kepada Umum : TNC P&I

SELASA, 15 MEI - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Shahril Yusof menyarankan agar hasil seni pelajar program Teknologi Seni Visual, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) dipamerkan kepada umum.

Menurut beliau, pihak universiti akan cuba memastikan hasil seni para pelajar dan juga pensyarah fakulti berkenaan dapat dipamerkan seterusnya dapat menyumbang kepada penjanaan pendapatan universiti.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Media Art Technology with Camera Tricks Excelence (MATRIX) 2018 di Galeri Seni FKSW, baru-baru ini.

“Insya-Allah pada awal tahun 2019 Galeri Azman Hashim yang terletak berhampiran ODEC akan siap dan kita boleh pamerkan hasil tangan saudara dan saudari di sana.

“Saya percaya para pelajar seni mempunyai kelebihan tersendiri, maka saya mencadangkan agar anda semua menceburi bidang keusahawanan secara kecil-kecilan dan berkumpulan untuk peringkat permulaan, bagi memasarkan karya masing-masing. Setelah anda sudah mempunyai keyakinan, maka bolehlah bergerak sendiri,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan agar para pelajar tidak memfokuskan kepada pencarian kerja makan gaji semata-mata tetapi mewujudkan peluang pekerjaan untuk diri dan orang lain.

“UMS mencatatkan bilangan pelawat yang ramai tidak kira dari dalam mahu pun luar negara. Ambillah peluang ini untuk menjual hasil seni anda semua kepada mereka. Saya pasti ini akan memberikan pengalaman dan kenangan menarik untuk para pelancong yang datang ke universiti kita ini,” tambahnya.

Program pameran MATRIX 2018 merupakan kursus teras yang mempamerkan hasil tugasan pelajar Program Teknologi Seni Visual tahun akhir untuk dinilai mengikut disiplin ilmu dalam jurusan seni visual.

Melalui program itu, para pelajar dapat memahami kehendak industri seni tempatan dan selok belok seni dagang pada zaman sekarang demi memartabatkan kuantiti dan kualiti penghasilan karya seni yang tinggi nilai estetiknya.

Hasil karya pelajar yang dipamerkan terdiri daripada lukisan, arca, filem pendek, dokumentari, seramik, fotografi dan animasi bertemakan khazanah Borneo.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.