Program Komuniti Sains dan Teknologi Tonjol Bakat Pelajar Luar Bandar

RABU, 16 MEI - Seramai 36 peserta mengambil bahagian dalam program Komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi sekolah luar bandar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau baru-baru ini.

Program sehari itu dianjurkan pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) Seksyen 22 Semester 1 dan pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan (Sains) Seksyen 23 Semester 2 Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS.

Penyelia Program Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah berkata, peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains SMK Mat Salleh dan SMK Agama Ranau.

“Objektif utama program ini ialah meningkatkan kemahiran pelajar dalam mereka cipta dan pengaturcaraan berasaskan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta merangsang daya pemikiran kreatif dan inovatif dalam melaksanakan aktiviti reka cipta.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah mereka cipta kipas dan kereta automatik menggunakan pengaturcaraan Arduino dan bahan-bahan ringkas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Siew berkata, sebelum aktiviti dijalankan para peserta diberikan taklimat mengenai konsep pembangunan lestari sebelum dibahagikan kepada enam kumpulan.

“Mereka diberikan masa selama tiga jam untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan sementara pelajar Sarjana Pendidikan UMS bertindak sebagai pelaksana, fasilitator dan penilai,” jelas Dr. Siew.

Ujar beliau, aktiviti STEM pertama berkisar pembaziran tenaga elektrik yang sering berlaku di rumah dan di pejabat yang mana para pelajar bekerja dalam kumpulan mencipta sebuah kipas yang berfungsi secara automatik menggunakan kawalan sensor bunyi.

“Manakala, aktiviti kedua memerlukan setiap kumpulan mereka bentuk sebuah kereta elektrik yang boleh bergerak sendiri tanpa dipandu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas,” katanya.

Hadir sama pada program itu Ketua Program merangkap wakil Pengetua SMK Mat Salleh, Noraidah Suratman dan Timbalan Ketua Program, Winralela Wainin.  

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.