FKAL dan DPIML Bekerjasama Jayakan AIBC 2018

KHAMIS, 17 MEI – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) sedia bekerjasama dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Labuan (DPIML) dalam menjayakan penganjuran persidangan antarabangsa, iaitu "Applied International Business Conference (AIBC 2018)"  kali ke-3 yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 dan 24 Oktober 2018.

Jalinan kolaborasi dua hala itu adalah antara yang dibincangkan kedua-dua pihak pada mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kelmarin.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal selaku Penasihat AIBC bersama jawatankuasa AIBC iaitu Prof. Madya Dr. Hanudin Amin (Pengerusi), Noor Muafiza Masdar (Bendahari), Dr. Sharinah Puasa dan Iftekhar Amin Chowdhury (Tajaan).

Manakala DPIML diwakili Pengerusinya, Wan Abdul Rahim Wan Abd Rahman bersama Timbalan Pengerusi, Dr. Ramli Tahir dan Ahli Jawatankuasa, Sabrina Jessey Mohd Iskandar.

Tema persidangan kali ini ialah "Embracing The Industrial Revolution 4.0: Business Challenges".

Menerusi kolaborasi ini, DPIML bersetuju untuk menyumbangkan idea dalam bentuk industri manakala FKAL dalam bentuk pendidikan/ilmiah.

Persidangan ini melibatkan peserta dari dalam dan luar negara dengan sasaran seramai 100 orang pembentang.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web http://appskal.ums.edu.my/aibc2018 atau https://www.facebook.com/3rdaibc2018.

 

Sumber: Azri Onn

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.