Sambutan Hari OSH Sedunia Terap Kepentingan Pengurusan Risiko

KHAMIS, 24 MEI – Sambutan Hari OSH Sedunia 2018 Peringkat Universiti Malaysia Sabah yang diadakan baru-baru ini mampu mengetengahkan kepada warga UMS khususnya tentang kepentingan terhadap pengurusan risiko di tempat kerja.

Pemangku Pengarah Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS, Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman berkata, program anjuran PKKP dengan kerjasama Jabatan Pendaftar UMS itu memfokuskan kepada pekerja muda yang mudah terdedah kepada risiko insiden kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.

“Golongan muda ini kebanyakannya kurang pendedahan serta pengetahuan tentang insiden kemalangan dan kecederaan yang berisiko tinggi untuk berlaku di tempat mereka bekerja.

“Justeru, penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menerapkan budaya sihat dan pencegahan daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja sebagai persediaan sekiranya mereka menghadapi situasi yang tidak dijangka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan sambutan tersebut di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Menurut beliau, sambutan program sebegini di universiti juga penting agar siswa-siswi universiti yang merupakan bakal tenaga kerja pada masa akan datang mendapat pendedahan awal berkaitan risiko-risiko yang membahayakan diri seperti pengurusan bahan kimia.

“Dengan ini, mereka mampu mengetahui risiko-risiko yang terlibat, kaedah menanganinya serta sejauh mana berkesannya kaedah menangani tersebut,” ujar beliau.

Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang dua hari sambutan tersebut, antaranya sesi perkongsian ilmu dan seminar dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta demonstrasi HAZMAT oleh pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Sabah.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.