Kem Bina Ukur Bantu Sedia Pelajar Kejuruteraan UMS Dalam Industri

JUMAAT, 25 MEI – Program Kem Bina Ukur yang disertai seramai 64 pelajar Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu menjadi platform terbaik dalam mempersiapkan bakal graduan FKJ untuk memasuki industri khususnya dalam bidang kejuruteraan.

Pengarah program tersebut, Mohd. Danial Abdul Rahim berkata, penganjuran program itu pasti dapat memberikan lagi keyakinan kepada pelajar untuk membawa ilmu mereka ke alam pekerjaan kelak.

“Melalui program ini, peserta mendapat manfaat dari segi mempertajamkan kemahiran dalam kerja-kerja pengukuran bangunan dan keluasan kawasan tapak pembinaan yang amat berguna apabila berada dalam pasaran kerja.

“Penglibatan pensyarah dan pembantu-pembantu makmal yang turut turun padang memberikan tunjuk ajar banyak membantu para peserta untuk melakukan kerja-kerja berasaskan kemahiran dengan lebih yakin,” katanya.

Sementara itu, pensyarah FKJ, Asmawan Mohd Sarman berkata, selain menambah ilmu, penganjuran program tersebut turut memberi pengalaman kepada pelajar dalam menguruskan sesuatu program pada masa akan datang.

“Setiap peserta juga memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, dan diharapkan mereka berjaya mendapat manfaat dari segi ilmu, kemahiran dan semangat kerja berpasukan ,” ujar beliau.

Program yang berlangsung selama empat hari di Kem Bina Negara, Kundasang ini turut disertai oleh enam pelajar mobiliti dari China.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.