Bazar Ramadan UMS Buka Peluang Perniagaan kepada Pelajar UMS

JUMAAT, 25 MEI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Fama Negeri Sabah sekali lagi menganjurkan Bazar Ramadan UMS yang bermula sejak 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, di Padang Kawad UMS.

Ia antara lain bertujuan memberi kemudahan kepada warga UMS yang berpuasa terutamanya pelajar dan kakitangan.

Selain itu, kewujudan bazar ini juga membuka peluang perniagaan kepada pelajar yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Sebanyak 41 gerai yang mengambil bahagian merangkumi 21 gerai pelajar dan 20 gerai peniaga luar dengan jualan pelbagai menu hidangan dan juadah berbuka puasa.

Usaha itu juga adalah bagi memupuk nilai keusahawanan dalam pelajar dan masyarakat seperti bersifat jujur dalam setiap kegiatan jual-beli yang dijalankan serta memberikan khidmat yang terbaik kepada semua.

Pada Bazar itu, Fama menyelaraskan peniaga luar manakala Bahagian Latihan dan Pembangunan Keusahawanan (BLPK) Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), UMS menyelaraskan penyertaan mahasiswa.

Pihak Fama turut menyediakan kanopi dan meja kepada pelajar yang berniaga selain bersama-sama BLPK memantau perjalanan dan harga makanan di Bazar tersebut dari semasa ke semasa.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua JHEP, Ahmadi Nurdin baru-baru ini mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

Pelancaran itu turut disaksikan Pengarah Fama Sabah, Haji Ribin Wahid; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah, Dato’ Sazali Salbi dan Ketua BLPK UMS, Dr. Bonaventure Boniface.

Turut diadakan pengagihan bubur lambuk secara percuma kepada pelajar, kakitangan dan orang ramai yang ketika itu berkunjung ke bazar berkenaan.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.