MPP UMSKAL Anjur Program Bulan Ramadan Bulan Persaudaraan

KHAMIS, 7 JUN – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menganjurkan program Bulan Ramadan Bulan Persaudaraan (BRBP) di Masjid Al-Hikmah UMSKAL baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Syimir Rasidi, program berbentuk kerohanian dan kebajikan itu adalah hasil usaha MPP dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) dan Kelab Sahabat Al-Hikmah.

“Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini ialah majlis berbuka puasa dan bersahur bersama-sama sejak 17 Mei hingga 2 Jun lalu selain kuliah Ramadan dan Majlis Iftar Perdana,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, program yang bertemakan ‘Madrasah Ramadan’ itu turut diisi dengan aktiviti termasuk kursus sembelihan dan majlis sembelihan atau korban serta Majlis Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran.

Turut diadakan pada majlis penutupan itu ialah penyampaian bantuan kepada golongan asnaf yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Dr Suzilah Sidek.

Majlis tersebut turut diimarahkan dengan ceramah khas ‘Al-Quran: Kudamba Syafaatmu oleh penceramah bebas, Ustaz Dato’ Haji Hassan Mahmood Al-Hafiz.

Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah Pensyarah FKAL, Samsulbahri Mohd Nasir; Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Ustaz Mohd Zaki Mat Salleh; dan Eksekutif Zakat Unit Cawangan Labuan, Asri Asmat.

 

 

Sumber: Azri Onn

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.