UMS Ringankan Beban Golongan Asnaf dan Pelajar Tahfiz

JUMAAT, 8 JUN  – Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program Ziarah Ramadan di Wilayah Persekutuan Labuan diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ismail Ali.

Program tahunan itu menyaksikan penyerahan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan perabot terhadap empat golongan asnaf dan dua buah Maahad Tahfiz yang diziarahi.

Prof Dr. Ismail berkata, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin memfokuskan tiga nilai utama iaitu kebahagiaan, hormat menghormati dan kasih sayang dalam menjalankan program seumpama itu.

Justeru katanya, menerusi ziarah tersebut, adalah diharapkan golongan asnaf turut menikmati kebahagiaan pada bulan Ramadan dan Aidilfitri walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Selain itu, Prof Dr. Ismail mahu ahli rombongan yang terdiri daripada pegawai Jabatan JHEP UMS Kota Kinabalu dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) sentiasa menghormati komuniti masyarakat terutama golongan asnaf dan pelajar tahfiz.

“Kunjung ziarah itu membuktikan kasih sayang warga JHEP UMS terhadap golongan asnaf dan pelajar tahfiz di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kami akan meneruskan program Ziarah Ramadan ini kerana ia mampu membantu meringankan beban golongan asnaf dan tahfiz menghadapi Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini,” katanya.

Turut mengiringi konvoi tersebut ialah Ketua JHEP UMS, Ahmadi Nurdin; Ketua Sektor HEPA UMSKAL, Nur Iman Reedzal; serta barisan Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) UMSKAL.

 

Sumber: Azri Onn

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.