Jabatan Bendahari UMS Teruskan Tradisi Agihan Juadah Berbuka Puasa

ISNIN, 11 JUN – Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan tradisi pengagihan juadah berbuka puasa kepada kakitangan pelbagai jabatan di UMS melalui program ‘Ketuk-ketuk Ramadan’ Jabatan Bendahari 2018 yang berlangsung di Perkarangan Aras 2, Blok Utara, Bangunan Jabatan Canselori pagi tadi.

Program yang telah memasuki tahun keenam penganjurannya pada tahun ini dijayakan kakitangan Jabatan Bendahari yang bersama-sama berganding bahu untuk terlibat dalam aktiviti memasak, membungkus sehingga kepada pengagihan juadah tersebut.

Ironinya, penganjuran ‘Ketuk-ketuk Ramadan’ bukan sahaja berjaya memupuk semangat bekerjasama dan ramah mesra antara kakitangan Jabatan Bendahari secara khususnya, tetapi turut menerapkan nilai kasih sayang serta rasa syukur ke atas segala nikmat  yang diberi bersempena bulan Ramadan yang mulia.

Antara menu hidangan yang dijayakan adalah Nasi Minyak, Ayam Kurma, Rendang Ayam, Acar, Bubur Pulut Hitam, Air Jagung Viral, dan Laici Kang.

Bungkusan hidangan sejumlah 500 bungkus diagihkan kepada kakitangan sekitar jam 3 petang tadi.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.