UMS Bantu Motivasi Pelajar di Tongod

ISNIN, 9 JULAI – Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Kem Lambaian Ilmu Tahun Enam anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Entilibon, Tongod, Telupid baru-baru ini.

Program yang dihadiri seramai 60 murid tahun 6 sekolah tersebut menyaksikan kesemua mereka diberikan suntikan semangat dan motivasi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan datang.

Sesi ceramah dikendalikan Pegawai Psikologi JHEP, Nurul Fatiha Firdaus Roslan.

Dalam ceramahnya, beliau menekankan kepentingan untuk berusaha belajar bersungguh-sungguh serta dapat memperbaiki kelemahan diri terutama bagi setiap mata pelajaran teras.

“Diharapkan program ini dapat membantu para peserta untuk mengenal pasti kelemahan diri masing-masing serta memupuk semangat untuk tampil berani bertanya serta merujuk kepada guru masing-masing untuk mendapat jalan penyelesaian bagi sesuatu permasalahan dalam pelajaran,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah SK Entilibon atas kepercayaan untuk beliau mengendalikan ceramah motivasi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Program motivasi tersebut turut dihadiri oleh semua ibu bapa, guru-guru dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Entilibon.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.