70 Kertas Kerja Komunikasi Dibentangkan pada PACA ke-12

SELASA, 10 JULAI - Sebanyak 70 kertas kerja dibentangkan bagi membincangkan pelbagai isu komunikasi pada Konvensyen Persatuan Komunikasi Pasifik dan Asia (PACA) kali ke-12 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Pembentangan kertas kerja itu dibawakan oleh masing-masing 70 peserta dari seluruh negara termasuk beberapa peserta antarabangsa daripada Thailand, Filipina dan Korea Selatan.

Majlis perasmiannya disempurnakan, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Berucap pada majlis itu beliau berkata, ahli akademik dan penyelidik dari pelbagai latar belakang perlu menggalakkan komunikasi positif dalam kalangan masyarakat terutama pelajar dan generasi muda.

“Seluruh idea yang dikongsi semasa konvensyen ini dapat mewujudkan masyarakat yang lebih toleran dan menghormati terutamanya dalam berkongsi maklumat di media sosial atau penulisan.

“Persidangan dan konvensyen seumpama ini adalah platform yang baik untuk ahli akademik yang mempunyai keprihatinan mengenai teknik komunikasi,” katanya.

PACA kali ini memberi tumpuan kepada tema “Revolusi Perindustrian 4.0 dan Komunikasi”.

Turut Hadir, Pengerusi Persidangan, Lai Che Ching @ Abdul Latif; Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Prof. Dr. Ismail Ibrahim; Presiden PACA, Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad; Mantan Presiden merangkap Presiden Persatuan Komunikasi Dunia (WCA), Prof. Dr. Baek Seon Gi dan para pensyarah komunikasi UMS.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.