UMS, KTS Plantation Meterai MoA Perkukuh Kerjasama Penyelidikan Hutan

KHAMIS, 12 JULAI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan KTS Plantation Sdn. Bhd. telah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperkukuhkan kerjasama kedua-dua pihak penyelidikan dalam bidang pengurusan perhutanan dalam satu majlis di Galeri Majlis UMS.

Pemeteraian MoA antara kedua-dua pihak itu menyaksikan UMS diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Rasid Mail dan KTS Plantation diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS, Datuk Vincent Lau Lee Ming, sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan) Jabatan Perhutanan Sabah, Dr. Robert Ong.

Melalui perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan menjalankan penyelidikan saintifik di kawasan Hutan Simpan Segaliud Lokan, Beluran yang meliputi tiga objektif utama iaitu populasi hidupan liar, pengurusan silvikultur dan potensi pelancongan alam semula jadi di kawasan KTS Plantation.

Terdahulu, Prof. Dr. Rasid ketika membacakan teks ucapan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, tiga kajian bakal dijalankan bagi membantu KTS Plantation dalam menambah baik amalan dan pengurusan perhutanan.

“Ini termasuklah kajian tentang kewujudan ‘mineralogical’ dan hubungannya dengan populasi hidupan liar serta kajian kesan penambahbaikan silvikultur dalam ‘High Production Corridor’ dan variasi ‘Morpho-Phenological’  bagi ‘Shorea Leprosula’.

“Kemudahan kompleks sains dan kompleks perhutanan di Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) akan dapat membantu KTS Plantation serta Jabatan Perhutanan Sabah dalam mencapai matlamat penyelidikan ke arah meningkatkan amalan pengurusan hutan lestari bagi pemuliharaan hutan di Sabah pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pendaftar UMS, No’man Haji Ahmad; Pengurus Operasi KTS Trading Sdn. Bhd. Wilayah Sabah, Wong Kee Mee; dan Dekan FSSA, Prof. Dr. Baba Musta.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.