Pasukan MJ Juara Pertandingan Seni Pasir MBAW 2018

JUMAAT, 27 JULAI – Pasukan MJ muncul sebagai johan Pertandingan Seni Pasir anjuran Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Minggu Kesedaran Biodiversiti Marin (MBAW) 2018 yang berlangsung pada Rabu di Pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC) UMS.

Pasukan itu mengetepikan Pasukan Buaya Darat dan Pasukan Sand Man yang masing-masing terpaksa berpuas hati berada pada kedudukan naib johan dan tempat ketiga.

Kemenangan itu juga membolehkan pasukan MJ menerima hadiah wang tunai RM150 beserta sijil, manakala pemenang naib johan menerima hadiah RM100 dan sijil, dan pemenang tempat ketiga RM80 serta sijil.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarah (Akademik dan Antarabangsa) IPMB, Prof. Madya Dr. Ejria Saleh.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan MJ, Muhammad Nazirrudin Roslan ketika ditemui menyuarakan harapan agar aktiviti seperti itu akan terus diadakan pada masa-masa akan datang.

“Penganjuran pertandingan seumpama ini dilihat mampu memupuk semangat kekeluargaan, setia kawan dan kerjasama yang tinggi kerana setiap ahli perlu berkomunikasi dan terlibat dalam menghasilkan idea kreatif bagi menyiapkan hasil seni binaan yang berasaskan pasir pantai,” katanya.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada IPMB selaku penganjur program yang saya sifatkan telah berjaya membina semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan semua ahli pasukan yang bertanding,” ujar pelajar tahun tiga Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS itu lagi.

Pertandingan Seni Pasir itu merupakan pengisian MBAW 2018 yang berlangsung sejak 23-28 Julai 2018.

Hadir sama menjayakan pertandingan tersebut, Pensyarah Kanan IPMB, Prof. Madya Dr. Juanita Joseph dan Kurator IPMB, Flora Anne Asalin.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.