Alumni UMS Adakan CSR di Pulau Sebatik Tawau

KHAMIS, 09 OGOS - Seramai 60 warga dan alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pulau Sebatik Tawau baru-baru ini.

Program CSR yang dianjurkan dengan gabungan kerjasama Pusat Alumni UMS dan Alumni UMS Chapter Tawau itu menyaksikan para alumni menyumbang khidmat komuniti mengecat bangunan pusat sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Mentadak Baru.

CSR itu turut merangkumi sumbangan berupa alat tulis kepada sekolah tersebut di samping dua sekolah lain iaitu SK Wallace Bay dan Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay.

Majlis perasmiannya disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik merangkap Pembantu Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Negeri Sabah, Datuk Hj. Abdul Muis Hj. Picho.

Dalam ucapannya beliau berkata, usaha pihak UMS dan alumni untuk mengadakan CSR ke pulau itu sangat dihargai dan diharapkan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

“Program seumpama ini dapat memberi kesedaran dan mengukuhkan lagi ikatan tali persaudaraan antara penduduk kampung dengan komuniti luar,” katanya.

Beliau menaruh keyakinan program seumpama itu memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung dan pelajar sekolah.

“Ini merupakan bukti jelas usaha-usaha kerajaan sentiasa komited dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat yang meliputi keseluruhan masyarakat tanpa mengira kaum,” katanya lagi.

Pada CSR tersebut, UMS melalui Pusat Pulau-pulau Kecil (SIRC) turut menjalankan kajian air di sekitar Pulau Sebatik.

Turut hadir, Pengarah SIRC UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang, serta para pemimpin tempatan dan penduduk kampung.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.