60 Alumni Kakitangan UMS Jayakan Majlis Bersama Pihak Pengurusan Universiti

JUMAAT, 10 OGOS - Majlis Bersama Pihak Pengurusan Universiti dengan Semua Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berkhidmat di universiti itu berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira-kira 60 alumni.

Bertempat di Dewan Auditorium Pascasiswazah baru-baru ini, program tersebut merupakan inisiatif Pusat Alumni UMS.

Penganjuran program itu antara lain bertujuan untuk membincangkan hala tuju alumni UMS dan mendapatkan maklumat serta perkongsian info bagaimana meningkatkan lagi hubungan alumni dengan alma meter.

Di samping itu, ia juga sebagai usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dengan alumni serta mengeratkan hubungan keakraban sesama mereka.

Sementara itu ketika berucap pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Ismail Ali menggesa agar setiap alumni staf UMS aktif dalam menarik alumni yang lain untuk turut sama dalam setiap aktiviti alumni.

“Banyak manfaat termasuk boleh diperoleh melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

“Di samping memperoleh input-input baru dan terkini, setiap aktiviti yang diadakan juga sentiasa memberi ruang dan peluang untuk para alumni membina jaringan kerjasama antara satu sama lain mengikut bidang dan keperluan masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu, Prof. Dr. Ismail turut mengumumkan cadangan penubuhan sebuah chapter alumni khas untuk alumni yang berkhidmat dengan UMS.

Turut diadakan sesi soal jawab bersama Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.