667 Pelajar Lanjutkan Pengajian Pascasiswazah di UMS

ISNIN, 13 OGOS - Seramai 667 pelajar menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Daripada jumlah tersebut, 331 pelajar mengikuti pengajian secara penyelidikan iaitu masing-masing 127 orang bagi peringkat Sarjana dan 204 bagi peringkat Doktor Falsafah.

Jumlah selebihnya iaitu 336 orang pula ditawarkan pengajian secara Kerja Kursus menerusi Pusat Luar UMS (PLUMS).

Proses pendaftaran telah berlangsung pada Sabtu  di Kompleks Dewan Kuliah Pusat UMS yang turut menyaksikan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Hj Mail untuk beramah mesra dengan para pelajar.

Katanya, para pelajar akan mengikuti Kursus Penyelidikan Metodologi selama seminggu yang diadakan di Auditorium dan Bilik Seminar Pascasiswazah bermula 13 Ogos 2018 sehingga 17 Ogos 2018.

“Menerusi kursus penyelidikan ini para pelajar akan diperkenalkan dengan sistem pengajian pascasiswazah di UMS.

“Para pelajar juga berpeluang untuk mengikuti sesi ceramah berkaitan dengan beberapa asas teknik penyelidikan yang sangat penting untuk memastikan mereka dapat mengikuti pengajian dengan baik.

“Pada minggu seterusnya para pelajar akan mengikuti sesi suai kenal dengan fakulti dan pusat penyelidikan masing-masing,” jelas Prof. Dr. Rasid.

 

Sumber: Dr. Jakaria Dasan

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.