UMS Tidak Berkompromi Dengan Sebarang Salah Laku Jenayah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak berkompromi dengan kakitangan atau pelajar universiti yang didapati melakukan sebarang salah laku yang melanggar undang-undang terutamanya salah laku yang berunsur jenayah.

Berhubung kes yang membabitkan kakitangan di Bahagian Keselamatan, Pengurusan UMS melihat ia sebagai satu kes jenayah terkutuk dan mengambil tindakan pantas melaporkannya kepada pihak polis tanpa sebarang niat untuk melindungi suspek.

Sejak laporan itu dibuat, Pengurusan UMS memberi kerjasama dan menyerahkan kes itu sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk proses siasatan dan dakwaan sewajarnya.

Sebagai menghormati proses perundangan, Pengurusan UMS memberikan nasihat agar perkara ini tidak disensasikan kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan dan perbicaraan.

Pada masa yang sama, Pengurusan UMS telah mengambil tindakan terhadap perkara ini dan tertuduh kini bukan lagi kakitangan UMS.

Bagi memastikan kebajikan mangsa, Pengurusan UMS melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) memberikan segala bantuan yang diperlukan keluarganya terutama dalam usaha mereka untuk menyokong dan memulihkan kembali kesan trauma emosi dan psikologi mangsa.

Pengurusan UMS juga telah memberikan bantuan dalam aspek akademik bagi memastikan pelajar tersebut boleh meneruskan pengajiannya.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, UMS berasa sangat kesal dan turut berdukacita terhadap peristiwa tidak diingini yang telah menimpa mangsa.

Pengurusan UMS akan memastikan sebarang perlakuan jenayah dalam kalangan warganya tidak terlepas daripada tindakan undang-undang dan akan diadili sewajarnya.

Sekian.

 

Pusat Pengurusan Strategik & Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Sabah

13 OGOS 2018

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.