Jabatan Bendahari UMS Anjur Kursus Lanjutan MPSAS

RABU, 15 OGOS – Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMS telah mengadakan Kursus Lanjutan ‘Malaysian Public Sector Accounting Standard’ (MPSAS) sebagai usaha memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap MPSAS yang merupakan piawaian perakaunan untuk entiti perakaunan sektor awam di Malaysia.

Bendahari UMS, Zallifah Shadan berkata, kursus ini merupakan lanjutan kepada kursus pengenalan MPSAS yang telah diadakan di UMS pada Julai tahun lalu.

“Selain daripada kakitangan UMS, kursus pada kali ini juga mendapat penyertaan daripada beberapa universiti awam dan agensi kerajaan antaranya Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Kelantan, Lembaga Pelancongan Sabah, Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Sabah, Lembaga Pembangunan dan Perumahan Bandar, serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Kita berasa amat bertuah kerana kursus ini dikendalikan oleh Ramesh Ruben Louis, seorang perancang kewangan bertauliah yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kursus dan latihan perakaunan, pengauditan serta pengurusan risiko dengan pelbagai syarikat atau agensi kerajaan dalam pelbagai industri seperti perladangan, pembangunan hartanah, perkapalan, perdagangan, teknologi maklumat dan sebagainya," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena program tersebut di Grand Borneo Hotel, 1Borneo kelmarin.

Justeru katanya, diharapkan kursus ini dapat membantu para peserta untuk lebih memahami tentang pemakaian MPSAS sebagai rangka kerja pelaporan kewangan serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari di organisasi masing-masing.

Kursus yang dihadiri lebih 100 peserta itu antara lain bertujuan untuk membantu peserta mengenal pasti impak pelaksanaan MPSAS dalam operasi kewangan harian serta membantu dalam penyediaan penyata kewangan yang mematuhi MPSAS di organisasi masing-masing.

Kursus tersebut yang berlangsung selama tiga hari membincangkan tentang perakaunan untuk aset, perakaunan untuk belanja dan liabiliti, perakaunan untuk instrumen kewangan, perakaunan untuk hasil dan pelaporan penyata kewangan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.