25 Pelajar Wuyi University China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS

KHAMIS, 16 OGOS - Seramai 25 pelajar Wuyi University China kini mengikuti kursus profesional "Artificial Intelligence (Fuzzy Logic) Optimization Engineering" di Universiti Malaysia Sabah.

Kursus kejuruteraan selama 16 hari itu dikendalikan oleh Fakulti Kejuruteraan (FKJ) UMS.

Menurut Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKJ, Ismail Saad, adalah menjadi suatu kebanggaan untuk menganjurkan kursus yang disertai oleh pelajar dari luar negara.

“Ia merupakan hasil hubungan baik kerjasama yang telah terjalin antara UMS dan Wuyi University sekali gus menjadi medan perkongsian ilmu untuk manfaat kedua-dua universiti.

“Kita mengharapkan agar lebih banyak program-program seperti ini pada masa-masa akan datang termasuk kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pengajian peringkat pascasiswazah,” katanya.

Ismail berucap berkata demikian dalam satu majlis di FKJ bagi mengalu-alukan kehadiran kesemua pelajar universiti berkenaan.

Kursus yang diadakan sehingga 24 Ogos itu turut memberi ruang kepada para pelajar Wuyi University untuk mengenali negeri Sabah dengan lebih dekat melalui beberapa lawatan ke destinasi menarik yang terdapat di negeri ini.

Hadir sama pada program itu Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global UMS, Prof. Dr. Ho Chong Mun.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.